Search This Blog

Friday 3 August 2018

Oral B & Free Gift

Lama betul tak update blog.

2 hari lepas, pergi pasaraya Nirwana dekat Jalan Air Putih. Niat nak survey susu formula untuk anak-anak. Tapi lain pulak jadinya. Pergi pulak bahagian Ubat gigi dan berus gigi.

Produk Oral B ada offer pulak..

Maka terbelilah berus gigi Oral B yang ini. Mula nak beli satu je. Tapi harga untuk 1 berus gigi RM10.99. Beli 1 pek ni dapat harga RM22++

Offer tambahan. Beli produk Oral B RM20 ke atas. Dapat hadiah percuma. Eh.. mak memang suka hadiah. Terus grab berus gigi ni.

Hahaha..

Masalah seterusnya. Dekat mana nak cari hadiah tu.

Dengan gigih pergilah kat staf yang jaga kat situ tanya mana nak redeem hadiah. Tak pernah redeem apa-apa hadiah sepanjang beli barang di pasaraya Nirwana ni.

Nasib baik hadiah tu tak habis lagi.

 Ada 4 pilihan. Mom, Dad, Son, Daughter.

Saya pilih yang ini. Daughter. Kotak purple pink. Comel!!


Ini rupa dia Bila dah keluar kotak. Hadiah ni adalah cawan air panas bertutup.

Comel sangat!

Ini bahagian atas. Cantik warna purple. Tudungnya sangat rapat.

Cepat grab sebelum kehabisan stok hadiah ni. Rasa macam nak pergi beli lagi untuk kumpul semua koleksi.

Friday 25 May 2018

Anak-anak Kesayangan

Lama tak cerita tentang anak-anak yang semakin membesar, semakin banyak ragam, semakin bijak dan berperangai baik.

Alhamdulillah Allah masih pinjamkan mereka. Mereka sumber kebahagiaan kami.



Gambar atas - Ahmad Andrian Jazli
Gambar bawah - Ahmad Aidan Zayyan


Semoga membesar dengan sihat, bijak, beriman dan beramal soleh.


Salam sayang,
Ummi & Walid

Thursday 26 April 2018

Prosedur Pembayaran Fidyah Di Pusat Kutipan Zakat

Lama tak bercerita. Hari ni nak cerita sikit pasal prosedur pembayaran fidyah di pusat kutipan zakat.

Fidyah ni ialah sesuatu yang perlu diberikan kepada fakir miskin berupa makanan sebagai tebusan kerana  meninggalkan puasa melangkaui tahun.

Biasa kita akan ikut makanan ruji. Di Malaysia, makanan rugi berupa beras. Maka kita punya kiraan berdasarkan secupak beras per tahun per hari.

Di Pusat kutipan zakat, mereka kira dengan cara ini:
Harga secupak beras semasa x tahun langkau x bilangan hari tertinggal

Harga secupak beras terkini (saya bayar tadi) RM1.75. Ini adalah harga di Pahang.

Tadi masa sampai depan Pusat Kutipan Zakat Kuantan, jam belum lagi 2petang. Mereka masih dalam waktu rehat tengahari. Maka kena tunggu dulu la sekejap.  Sebenarnya parking dekat situ selalu penuh. Kawasan dia macam bangunan lama sikit la. Di tengah bandar Kuantan. Depan Masjid Besar pulak tu. Memang kawasan yang sangat-sangat sibuk.

Sepanjang jalan saya berdoa supaya ada parking kosong dan dipermudahkan urusan saya hari ini. Alhamdulillah.. Allah makbulkan. Ini kali pertama saya pergi Pusat Zakat untuk bayar Fidyah. Kira macam pengalaman pertama la.. Hihihi

Alhamdulillah. Mudah je urusannya. Tak sampai 5 minit selesai. Mungkin sebab tak ada orang lagi masa tu. Baru buka lepas rehat kan. Semua fresh dan happy lagi. Haha

Saya sempat bertanya pada Ustaz yang uruskan hal ni.

"Boleh tak kita bayar fidyah di masjid-masjid berdekatan?"

"Boleh tapi lebih afdal kita beli beras atau makanan mengikut kiraan yang betul (jumlah sepadan) dan sedekahkan kepada orang miskin. Kalau takut jumlahnya tak sama, bayar saja kepada Pusat Zakat sebab Pusat Zakat memang akan agihkan wang Fidyah kepada orang miskin."

Jadi, kalau kita tak sempat ke pusat zakat, kita kira dengan kiraan yang betul, beli makanan atau keperluan orang yg memerlukan(miskin) dan sedekahkan kepada mereka.

Insyaallah semuanya tu Allah berkati sebab niat kita memang untuk tebus kesalahan kita yang lewat mengganti puasa.

Sebarang kemusykilan boleh rujuk Ustaz/mereka yang arif bab Zakat & Fidyah.

Wallahu a'lam.

Friday 25 August 2017

Andrian 2 Tahun

21 Ogos 2017 genap usia Ahmad Andrian Jazli 2 tahun. Dengan usia baru. Perangai pun baru.
Ok.. sangat menguji mak & pak dia.

24 Ogos 2017. Check up Andrian 2 tahun. Last kena cucuk. Mula-mula tu nak menangis. Tapi nurse buat keje pantas & cekap. Sekejap je. Tak sempat Andrian nak menangis. Baru jerit sikit dah siap. Terus cepat2 keluar bilik nurse. Elok je dia tak menangis & ajak balik. Ok. Very good boy. Bila ummi tanya. "Sakit tak peha kena cucuk tadi?" Andrian jawab. "tak.." maksudnya dia tak sakit la tu. Kalau sakit dia jawab sakit. Budak2 jujur kan...

Lepas balik. Dia punya lapar macam biasa la.. Makan sambil tengok upin ipin. Ummi ni sebenarnya nak kurangkan masa Andrian tengok tab. Kadang2 sampai off modem wifi kat rumah nenek. Ummi sehabis baik ajak Andrian buat aktiviti lain daripada tengok tab.

Andrian 2 tahun dah mula nak tido dengan ummi. Sayang adik. Pandai main-main dengan adik walaupun kadang2 suka pukul adik. Tapi ummi tak salahkan Andrian. Sebab ummi tau adik memang main kasar. Kadang2 adik pukul Andrian dulu. Ummi biarkan je.. hahaha.. Asalkan tak bahaya. Ummi lantakkan korang main macam zaman ummi kecik2.

Andrian lebih senang handle asalkan ada benda boleh buat dia happy. Mainan favourite dia, bola, kereta & lori. Senang je nak alih perhatian dia. Ummi harap ummi dapat jaga Andrian & adik setiap hari. Tak tinggal korang dengan nenek. Sebab ummi tak nak Andrian ralit dengan tab.

Semoga anak ummi membesar menjadi hamba Allah yang soleh. Menjadi manusia yang berguna. Besar harapan ummi untuk Andrian dan adik.

Tetiba mata berair...

Tuesday 18 July 2017

Bengkung Nur

Opss. Bukan bengkung Nur Sajat ye.. Jangan nak mengata i ols pulak!
Hahahaha. Unik betul nama produk cenggitu.
Sebenarnya sebelum raya lagi dah beli Bengkung Nur ni. Tapi lepas raya baru ada masa nak cuci. Lepas cuci takde keyakinan pulak nak pakai. (nak pakai bengkung pun kena ada keyakinan diri tau!)
Last, hari ni baru pakai. Masa nak beli tu kemain lagi semangat kalau boleh nak pakai terus. Tapi.... (sila sambung)

Pagi tadi semangat melilit bengkung kat pinggang & perut. Bengkung Nur ada 3 bahagian. Bawah breast ke pinggang, perut dan pinggul.

Beli masa offer raya.

Gambar dari web Bengkung Nur.
Tapi bahagian pinggul tu macam leceh sikit nak pakai. Dasar punggung dah kembang. Hahaha
Takpelah. akan usahakan untuk dapat shape idaman.
Sekarang ni malam2 i ols berzumba tau. Zumba sendiri je. tengok video kat Youtube je. Pon bolehhh..Anak2 tidur mak pun beroperasi la..Hahaha

Sekian misi kurus bershape untuk kali ni. Jadi mak2 pun kena cantik. Bukan untuk orang lain. Untuk diri sendiri je ni.

Monday 17 July 2017

Sakit belakang & Vitamin

Minggu lepas cik abang tersayang sakit lagi. Lepas sebulan kena jangkitan bengkak tonsil. Sakit tu kembali. Bila kena serangan bengkak tonsil, seluruh badan dia efek. Demam dan mula sakit pinggang & belakang.

11/7/17. Bawa ke klinik. Dapat suntikan tahan sakit & surut bengkak. Ok sikit. Balik berehat dan start antibiotik. Sepanjang makan ubat klinik, tak berani nak campur dengan vitamin lagi. Hari sabtu, hari last habiskan antibiotik. Ubat surut bengkak yang dapat di klinik berkesan tapi menyebabkan kesan lain pada cik abang. Lepas makan ubat tu, dia akan pedih ulu hati. Mujur tak merebak jadi gastrik. Terus suruh stop. Makan ubat tahan sakit je.

Bila semakin ok sakit belakang & pinggang, suruh dia berhenti ubat tahan sakit. Sabtu bawa pergi berurut. Ahad, start ambil vitamin. Jadual makan macam ni.

Selepas makan pagi: B Complex 2 biji, Vitamin C 1 biji, Omega Guard 2 biji.
Selepas makan tengahari: Vitamin C 1 biji, Omega Guard 2 biji, Garlic Complex 2 biji.
Selepas makan malam: Omega Guard 2 biji.
Sebelum tidur: Ostematrix 4 biji.

Hari ni (Isnin) Nampak bertenaga sikit. Semalam pun dan nampak aktif. Takde melepek kesakitan. Mungkin kesan berurut tu dah kurang terasa dan pemulihan dalaman semakin baik.

Semalam sebelum tidur ada tanya, macam mana sakit belakang. Dia kata dah kurang sikit. daripada 1 hingga 10. Rate 5. So.. kena teruskan pengambilan Ostematrix, Omega Guard, B Complex, Vitamin C dan Garlic Complex.

Saja tambah Garlic sebab kes bengkak tonsil berulang tu.
Garlic dapat membantu meningkatkan sistem penghadaman. Sebab tu saya pilih untuk suami makan Garlic. Sejak sakit, dia berisiko dapat gastrik.
Garlic dapat membantu meningkatkan sistem imun badan dan melawan bakteria. Merupakan antibiotik semulajadi yang selamat diambil setiap hari. Suami saya pernah demam denggi 2kali. Imun badan dia sangat2 lemah. Macam tak ada antibodi langsung rasanya. Sebab tu jugaklah saya bagi dia makan Garlic Shaklee.
Garlic juga membantu masalah organ pernafasan. Suami memang gayanya ada masalah pernafasan. Selalu berdengkur. Lebih2 lagi sejak mula kena serangan bengkak tonsil, dia pernah sesak nafas. Memang bagus Garlic untuk suami saya.

Banyak lagi manfaat Garlic. Antaranya:

  • Membantu menurunkan paras kolestrol.
  • Membantu menstabilkan tekanan darah tinggi.
  • Membantu mengatasi masalah alergi.
  • Membantu melindungi sel-sel darah dari musnah.
  • Mengurangkan keaktifan sel kanser.
  • Meningkatkan pengeluaran insulin.

Semoga Allah beri kesembuhan dengan perantaraan vitamin-vitamin ni...

Sekian coretan nurse tak bergaji. uhuk2..

Tuesday 20 June 2017

Sahur & Puasa

Teringat masa kali pertama berpuasa bersama suami. Suami cakap dia tak biasa bersahur. Kalau bangun pun minum air kosong. Lepas tu tidur. Kadang2 dia cakap dia akan makan lewat malam. Makan nasi atau apa2 makanan berat sebelum tidur. Dalam pukul 12 atau 1pagi.

Ok. Fine. Saya bangun sahur macam biasa. Sebab saya tak boleh tak sahur. Rasa tak lengkap berpuasa tanpa sahur. Hari pertama puasa, Saya bangun sorang je. Sahur sendiri. Minum oat dan nestum. Kadang2 bangun sahur makan roti. Dalam sebulan berpuasa tu. Suami ada bangun. Tapi minum air kosong & temankan saya sahur.

Tahun ke-2. Suami dah boleh bangun minum air milo atau minuman instant 3 in 1. Tahun ke-3 & ke-4 juga sama. Masih bangun dan minum air coklat 3 in 1.

Tapi tahun ni. Tahun ke-5 berpuasa bersama. Suami mula2 memang bangun minum air je. Paling2 sahur dia makan roti. Setengah bulan berpuasa, suami demam teruk. Puncanya kurang minum air. Puasa tahun ni sangat2 panas. Suami sampai bengkak tonsil dan sakit badan. Dia kalau demam memang teruk sangat sebab antibodi dia sangat2 kurang lepas demam denggi 2 kali. Hari pertama demam, ok lagi. Bawa dia ke klinik panel je. Esoknya. Demam masih tak kebah tambah tonsil terlalu bengkak sebab dia masih kurang minum air. Lepas tu dia mula muntah2. Disebabkan risau sangat, petang tu bawa ke unit kecemasan HTAA. Saya berbuka kat sana sebab tunggu suami dapat rawatan. Kena masuk air 1 botol. Sebab badan dia betul2 kurang air. Lepas masuk air. Nampak segar sikit. Muka merah semula. Sebelum tu pucat sangat2. Sampai nak mandi pun saya yg mandikan. Terketar2. Alhamdulillah semakin pulih lepas dapat rawatan di hospital. Balik tu dah selera makan. Esoknya demam masih belum betul2 kebah. Saya suruh makan ubat ikut aturan. Makan smpai habis. Suami ponteng puasa 4hari! hahaha..teruk beno demamnya kan.

Lepas demam, dia mula sahur makan nasi. Berselang makan roti. Minum air kosong pun banyak. Sebab saya dah warning dia jangan degil. Mesti ikut cakap saya kalau sayang saya & anak2. Hahaha.. Kejam! Tapi untuk kebaikan memang perlukan ketegasan sikit. Kalau tak, memang tak baik2 la orang tua tu. Makan antibiotik pun nak skip. Memang nak kena! Memang saya pantau jadual dia makan ubat.

Alhamdulillah.. kebiasaan bersahur dah jadi rutin untuk suami dalam bulan puasa tahun ni. Memang makan masa untuk kita biasakan. Jangan putus asa. Terus ajak, ajak, ajak.. memang susah nak suruh makan pagi2 buta. Tapi demi keberkatan, lama2 kita akan biasa.Sekarang ni memang suami akan bangun makan tanpa banyak songeh. Lepas tu minum air dengan kuantiti yg sepatutnya. Misi berjaya!

Note: Cara mengurangkan bengkak tonsil, makan aiskrim Vanilla! Sedap kan?? Cubalah!